Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Friday, July 16, 2010

AND THE WINNER IS.....

Sabar seminit ye..dan baca dulu sedikit maklumat untuk customer atau bakal customer DesignerCottonFabric (DCF). Ni tentang isu yang paling memenatkan bagi para peniaga Online iaitu ttg POST.

1. Di DCF kami menggunakan khidmat POSLAJU atau GDEX courier. Oleh kerana kami juga adalah pengguna, kami faham bahawa 'fast delivery' adalah amat bermakna. Kami cuba membuat penghantara selewat-lewatnya sehari selepas pembayaran dibuat, kecuali jika bayaran dibuat pada hari Khamis atau Jumaat, penghantaran terpaksa dibuat pada Hari Ahad.

2. Untuk makluman, kadar yang kami kenakan sebelum ini sebenarnya adalah lebih murah dari kadar sebenar. Tp bermula dari hari ini, oleh kerana Syarikat Penghantaran sudah ada yang menaikkan tariff masing-masing, kami terpaksa mengumumkan bahawa KADAR POS yang akan kami kenakan akan mengikut KADAR YANG SEBENAR. Mungkin terdapat pertambahan antara RM1-RM3.

3. Mulai 16/7/2010 juga, kami akan memberi DISKAUN RM4 kepada postage setiap RETURNING CUSTOMER untuk semua pembelian kalian yang seterusnya. Jika anda layak, sila maklumkan (in case kami x perasan).

4. Kami amat menggalakkan anda untuk memaklumkan segera sekiranya parcel anda tidak diterima SEHARI selepas penghantaran dibuat. DCF akan memaklumakan melalui email atau SMS tentang tarikh penghantaran. Dalam tempoh 2 minggu yang lepas, kami menerima 4 kes kelewatan yang mencecah seminggu! Sekiranya kami mendapat maklumat awal, kami dapat berurusan dengan syarikat penghantar dengan segera.

Kami berharap agar dpt memberikan khidmat yang terbaik, meskipun terdapat perkara yang berlaku diluar kawalan kami..:(

Sekarang, masa yang ditunggu-tunggu..PEMENANG GIVEAWAY DCF ialah..

Setelah disenaraikan 35 yang mengambil bahagian,



RANDOM Org telah memilih no. 30 iaitu BAE ZURA sebagai pemenangnya. Tahniah dan sila tuntut hadiah anda dengan menghubungi kami sebelum 20/7 ye! Selepas tarikh tersebut, jika tiada tuntutan, kami akan memilih pemenang lain.

Oleh kerana kami teruja dengan komen2 yang diberikan, kami memutuskan untuk memilih seorang lagi pemenang berdasarkan komen yang paling hampir dengan minat kami iaitu ROSH. Rosh akan menerima 2 Fat Quarter pilihan dari DCF.

Sunday, July 4, 2010

GIVEAWAY! DESIGNER COTTON FABRIC for FREE

Sempena mencapai 10,000 hits pada 3 Julai 2010, jam 10.27 malam (:P)


DESIGNERCOTTONFABRIC memulakan operasi secara online pada Feb 2010. Mencapai hits sebanyak 10,000 dlm masa kurang dari 6 bulan adalah sesuatu yang melangkau jangkaan saya. Terima Kasih di atas sokongan dari customer2, returning customer terutamanya, serta kalian yg melawat website ini. Terima kasih sgt2 juga kepada http://my-cottonhouse.blogspot.com dan juga http://craftzone-my.blogspot.com/ yang banyak membantu promosi.

So..dah namanya pun designer cotton fabric, selayaknya lah kena bagi kain lah kan? Dan inilah hadiah yg bakal dimenangi oleh pemenang yang terpilih (sorang aje). Pemenang akan menerima 1 yard designer fabric dari 1 keping panel seperti di bawah.

Designer Fabric dari Windham, Susannah by Holly Anderson dan Panel Birdie dari MODA. Panel tersebut sebenarnya mengandungi 10 bulatan burung. Sesuai dibuat quilt centerpiece dan tambahkan sashing dengan Susannah. Warna dah memang senada..:P.




Macamana nak masuk giveaway ni???


Senang sangat.


1. Komen kat post ni. Bagitau je apa2 ttg designer fabric. Siapa favourite designer anda dan kenapa anda suka dia? Manufacturer mana yg paling anda suka n kenapa? Koleksi paling anda nak tp belum dapat2 lagi atas sebab2 tertentu? Koleksi yg anda ada dan paling suka? Kalau anda tak biasa ngan designer fabric, komen aje ttg apa2 saja. Kalau nak bg komen ttg website ni bagus jugak. Apa lg yg patut ada utk memudahkan customer, etc.

2. Kalau rajin, linkkan website ni pada blog anda. Pastu link back dlm post 1. kat atas. Kalau rajin ganda dua, buat posting ttg giveaway ni kat blog anda. :D

Pemenang akan dipilih pada 15 Julai 2010.